Wednesday, March 16, 2011
VOLTAGE REGULATOR ( +6V / 9V )
This circuit uses to change the circuit from AC to DC voltage that is 6V or 9V dc. It use in our project which is Arm Robot...
Sunday, March 13, 2011
TOUCHPAD INOVATIVE
PADA persidangan dan pameran HP World 2011, Hewlett-Packard (HP) dikatakan amat serius membawa sistem operasinya webOS ke pasaran menerusi tiga produk pengenalan yang dijangka menjengah pasaran dalam masa terdekat.
Antaranya ialah HP TouchPad iaitu PC tablet dengan skrin peka sentuhan 9.7 inci dengan resolusi paparan 1024 x 768 piksel.
Dengan webOS, ia dikatakan mampu menandingi pelbagai tablet lain termasuk iPad. Hanya seberat 725 gram, ia turut dilengkapi kamera dan pad kekunci maya.
Produk Baru: TV LED HD terbesar di dunia
PENGELUAR perkakasan elektrik dan elektronik terkemuka yang unggul di Korea, LG Electronics (LG), memperkenalkan TV LCD 3D terbesar di dunia dengan lampu belakang LED Penuh berskrin 72 inci.
Model yang diberi jolokan LG LZ9700 dijangka memasuki pasaran tidak lama lagi adalah TV keluaran terbaru yang boleh menghasilkan paparan seperti hidup dalam kedua-dua imej sama ada dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D).
Mahu membuktikan statusnya sebagai peneraju pasaran dunia skrin LED penuh dengan teknologi inovatif yang dibangunkan sendiri LG, cahaya dihasilkan skrin TV LZ9700 dipancarkan secara langsung dari belakang untuk memberikan gambar penuh berwarna seperti lukisan di galeri seni.
TEKNOLOGI TERCANGGIH GEGAR GSMA
KONGRES Dunia Mudah Alih 2011 terus menjadi platform kepada
pemain industri telekomunikasi mudah alih di seluruh dunia untuk mempamer
produk dan bersidang berlangsung di Barcelona, Sepanyol, baru-baru ini.
Acara tahunan telekomunikasi terbesar di dunia itu kali ke-25 dianjurkan bersama
Persatuan GSM (GSMA) yang disokong kebanyakan pemain industri seluruh dunia.
Kongres kali ini dikatakan terbesar dan mencatatkan sejarah tersendiri menerusi
beberapa perubahan dalam dunia telekomunikasi mudah alih dan kesan besar
yang dirasai semua pemain industri berkaitan termasuk beberapa produk baru
ditawarkan.
1. DI sebalik reka bentuknya yang cukup dinamik dan menarik, HTC ChaCha
telefon pintar yang pantas bagi setiap capaian laman web berupaya melancarkan
pelbagai aplikasi sehinggalah kepada kemudahan menaip menggunakan papan
kekunci QWERTY.

Subscribe to:
Posts (Atom)