KONGRES Dunia Mudah Alih 2011 terus menjadi platform kepada
pemain industri telekomunikasi mudah alih di seluruh dunia untuk mempamer
produk dan bersidang berlangsung di Barcelona, Sepanyol, baru-baru ini.
Acara tahunan telekomunikasi terbesar di dunia itu kali ke-25 dianjurkan bersama
Persatuan GSM (GSMA) yang disokong kebanyakan pemain industri seluruh dunia.
Kongres kali ini dikatakan terbesar dan mencatatkan sejarah tersendiri menerusi
beberapa perubahan dalam dunia telekomunikasi mudah alih dan kesan besar
yang dirasai semua pemain industri berkaitan termasuk beberapa produk baru
ditawarkan.
1. DI sebalik reka bentuknya yang cukup dinamik dan menarik, HTC ChaCha
telefon pintar yang pantas bagi setiap capaian laman web berupaya melancarkan
pelbagai aplikasi sehinggalah kepada kemudahan menaip menggunakan papan
kekunci QWERTY.
Turut menggunakan keupayaan skrin sesentuh, model terbabit menyokong
sistem operasi Android + HTC Sense dilihat menjadi kunci utama yang
membolehkan pengguna melancarkan pelbagai aplikasi berat pada skrin
bersaiz 2.6 inci.
2. Pembekal pengecas terkemuka, Powermate memperkenalkan peranti yang
dibina bersama lampu meja untuk kegunaan iPhone. Ia mengecas model Apple
terbabit tanpa memerlukan sebarang kabel.
3. LG Optimus 3D mampu merakam video berformat tiga dimensi (3D)
di samping ciri hiburannya yang amat memberangsangkan, ciri produktiviti seperti
e-mel, SMS dan MMS, begitu juga rangkaian sosial serta banyak lagi,
pasti memberi kepuasan atau dapat memenuhi keperluan seharian
pengguna.
4. Xperia Play, edisi terkini telefon pintar Xperia yang menggunakan sistem operasi
Android dan dilengkapi kamera 5.0 megapiksel dan skrin sesentuh pelbagai yang
berkeluasan 4.0 inci. Keunikan utamanya adalah pada pad kawalan permainannya
yang boleh diluncur keluar dari bahagian belakang pad sesentuh analog, ikon dan
butang kawalan di bahagian bucu yang kesemuanya menyamai kawalan PlayStation.
5. Tablet terbaru HTC dengan skrin berbilang sentuhan 7.0 inci beresolusi
1024 X 600 piksel itu menjadikan laman web dapat dipapar dengan warna
vibran dan teks yang tajam untuk mudah dibaca dilengkapi kelajuan 1.5GHz
, kamera 5.0 megapiksel, memori dalaman 32GB serta menggunakan platform
Android.
6. HUAWEI pula menghasilkan IDEOS S7 iaitu tablet yang menyertai pasaran tablet
bersaiz 7.0 inci. Ia membolehkan anda melayari Internet dengan sistem Android 2.1
yang dilengkapi ciri seperti Android Market(TM), Google Maps, Voice Search,
Gmail YouTube, 3G video call, GPS, dwi stereo, Documents-to-Go dan banyak lagi.
7. LG Optimus Pad menggunakan sistem operasi Android 3.0 dengan kuasa grafik
NVIDIA Tegra 2 bercirikan kamera web 3D bersaiz 8.9 inci yang turut resolusi skrin
secerah 1280 x 768 WXGA piksel.
8. Paling menarik, syarikat yang kerap dikaitkan dengan peranti visual, Panasonic
membuat penampilan telefon pintar Lumixnya yang mempunyai kemampuan
merakam foto seakan kamera digital beresolusikan 12.1 megapiksel di samping
kekuatan pemprosesan VenusEngine.

No comments:
Post a Comment