Sunday, March 13, 2011

TOUCHPAD INOVATIVE

PADA persidangan dan pameran HP World 2011, Hewlett-Packard (HP) dikatakan amat serius membawa sistem operasinya webOS ke pasaran menerusi tiga produk pengenalan yang dijangka menjengah pasaran dalam masa terdekat.
Antaranya ialah HP TouchPad iaitu PC tablet dengan skrin peka sentuhan 9.7 inci dengan resolusi paparan 1024 x 768 piksel. 
Dengan webOS, ia dikatakan mampu menandingi pelbagai tablet lain termasuk iPad. Hanya seberat 725 gram, ia turut dilengkapi kamera dan pad kekunci maya.

Bagaimanapun, HP tidak mengumumkan sebarang harga bagi HP TouchPad ini.

PRODUK: HP TouchPad
HARGA: tidak peroleh
PEMPROSES: Qualcomm Snapdragon 1.2GHz
SKRIN: 9.7 inci peka sentuhan
RESOLUSI: 1024 x 768 piksel
KMAERA: 1.3MP
RAM: 1GB
STORAN: 16GB dan 32GB
PENYAMBUNGAN: Wi-Fi, Bluetooth, GPS
BERAT: 725gm
TEBAL: 13.7mm

No comments:

Post a Comment