Sunday, September 5, 2010


'Durja Ningsun' ke udara bermula 19 Ogos, setiap hari Khamis, jam 9.30 malam di TV3.

Ibu Aria, Azlin (Eja) mula bimbang tentang Aria dan mengadu kepada suaminya, Kamal (Eizlan Yusuf). Kamal menyuruhnya lebih melakukan amalan agama daripada mempercayai kewujudan hantu.Kamal tidak percaya apa yang berlaku dan apa yang isterinya memberitahuanya.

Episod kali ini memaparkan Aliff  kawan kepada Aria berasa sejuk masam tinggal dalam ais walaupun Aliff telah menutup semua penghawa dingin. Kawan kepada Aliff berasa hairan dengannya kerana dia tidak merasakan apa-apa .Ibu Aria selalu diganggu oleh makluk halus telah berlaku kejadian aneh dimana ada benda yang menyerupai suaminya .Pada malam terakhir Orientasi .Yasmin ingin membuat Majlis penamat Orientasi dengan  mahu menguji Aria lalu dia merancang satu upacara mistik yang selalu diadakan oleh pelajar senior walaupun dibantah oleh warden, Ustazah Tahirah (Aida Aris).Upacara itu ibarat memanggil Ningsun. Upacara itu akhirnya mengundang padah apabila Ningsun hadir dan merasuk badan Aria. Nantikan episod seterusnya.


 
Aria mula merasakan ada sesuatu yang memerhati dan mengekorinya. Tetapi Aria membuat endah tak entah aje dan dia menguatakn semangat untuk melawannya. Tidak lama kemudian, dia mula diganggu namun Aria masih dapat menguatkan semangatnya. Hanya Aliff yang mengetahui apa yang berlaku sepanjang Ari berada di sana.

Drama 'Durja Ningsun' bermula dengan Aria, lakonan Erin Malik, yang menanggung derita kerana diganggu makhluk halus. Sejak berusia 14 tahun, Aria sering dirasuk dan bermimpi tentang dunia silam Ningsun.

Sinopsis Cerita Seram - Durja Ningsun

Drama 'Durja Ningsun' bermula dengan Aria, lakonan Erin Malik, yang menanggung derita kerana diganggu makhluk halus. Sejak berusia 14 tahun, Aria sering dirasuk dan bermimpi tentang dunia silam Ningsun.

SUDUT JIWANG


Ku bisikkan kalimah memujiNya
Setiap masa
Setiap saat
Agar ku tidak lupa
Akan kekuasanNya
Akan kebesaranNya.

Sucikan wajah di dinihari
Bisikan pengharapan pada Ilahi
Jika sudah suratan Ilahi
Terima ketentuan dengan rela hati


Indahnya hidup di dunia ini
Pabila dikelilingi insan yang disayangi
Juga mendambakan redha ilahi
Agar hidup sentiasa diberkati

Dilema manusia akhir zaman
Saban waktu kematian memisahkan
Lantas ku bisikkan doa pengharapan
Agar ku sentiasa dalam kesedaran


Ayuh bangkitlah wahai teman
Menuju jalan pulang
Agar kita sentiasa dalam naungan
Kekal berukhwah sepanjang zaman.